Pages

Saturday, March 15, 2008

Resepi Asam Pedas Daging

Salam semua... Kak Sha gembira kerana baru 2 hari lepas Kak Sha balik kampung kat Muor.. Kak Sha drive sendiri bawak anak-anak Kak Sha yang 4 orang tu...
Kali ni Kak Sha nak berkongsi resepi Asam Pedas Daging.. resepi ni lebih kurang sama dengan Asam Pedas Ayam... masa Kak Sha kecik-kecik dulu arwah atuk Kak Sha (Pak Usop Ikan) yang ajar buat resepi ni... memang favouritelah... 2,3 pinggan nasi makan...

Ok, Kak Sha tak nak buang masa... kat bawah Kak Sha sediakan resepi tu..

Asam Pedas Daging

Bahan-bahannya:

1 kg daging (lagi sedap kalau ada lemaknya.. tetel..)
3 genggam lada kering direbus
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia di ketuk
2 inci kunyit diketuk
2 batang serai di titik
2 inci lengkuas di titik
belacan sebesar ibu jari
serbuk perasa
garam
3 sudu besar asam jawa
5 biji kentang dipotong 4

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumiskan lada kering yang dikisar bersama bawang merah,bawang putih, belacan dan kunyit. Masukkan serai, halia dan lengkuas. Biarkan garing.
3. Masukkan daging dan air.
4. Rebuslah daging sehingga empuk.
5. Masukkan kentang, air asam jawa, perasa dan garam. Biar kentang benar-benar empuk dan hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi putih.

Kak Sha harap anda semua berpuas hati dengan resepi ini.. bertemu lagi dilain resepi...
Sila ke homepage Kak Sha andai ada kelapangan

http://www.goldpowerteamsha.ui2u.com

Resepi Negeri Johor

Assalamualaikum semua... Selamat Datang ke dapur Kak Sha...

Sebelum tu Kak Sha nak perkenalkan diri dulu... Kak Sha ni surirumah sepenuh masa... ada empat orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan.... Kak Sha ni suka memasak... terutamanya masakan Johor..
Asam pedas, mi bandung, mi rebus antara masakan kesukaan Kak Sha.. Walaupun tak sesedap mana.. dapatlah hilangkan rindu masakan ibu tercinta...

Hari ni Kak Sha nak berkongsi dengan semua masakan Asam Pedas Johor...biasanya orang buat asam pedas ikan @daging.... tp kali ni Kak Sha nak berkongsi Masakan Asam Pedas Ayam....
Sesiapa yang pernah merasa keenakan asam pedas ayam ni pasti teringat sampai bile2.... he..
Oklah Kak Sha bagi resepinya...cubelah ye...

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
3 genggam lada kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia diketuk
1 inci kunyit
belacan sebesar ibu jari
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 sudu besar air asam jawa
Garam
Serbuk perasa
1 1/2 cawan minyak masak
5 biji kentang dipotong 4

Caranya:

1. Potong ayam kepada 16 bahagian. Bersihkan.
2. Rebus cili kering dan kisar bersama bawang merah,bawang putih,kunyit dan belacan
3. Panaskan minyak di dalam periuk
4. Tumiskan bahan yang dikisar tadi, masukkan sekali halia,serai dan lengkuas yang diketuk tadi
Biarkan sehingga garing dengan api yang sederhana.
5. Masukkan ayam dan air asam jawa tadi. Kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam.
6. Apabila sedikit mendidih masukkan kentang tadi.
7. Apabila kentang separuh empuk masukkan serbuk perasa dan garam.
8. Masak sehingga ayam dan kentang empuk. Hidangkan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba resepi ini... bagi orang Johor terutama sekali di kawasan Muor...resepi ini amat popular...especially keluarga Pak Usop Ikan...

http://www.goldpowerteamsha.ui2u.com


Recipe Line
New Recipe
cook
Recipe Line