Pages

Monday, March 17, 2008

Mi Rebus Johor

Bahan-bahannya:

1 kg daging dipotong kecil @ kisar (tetel lagi sedap)
3-4 ketul keledek di rebus dan dikisar
3 genggam kacang tanah digoreng dan dikisar
Mi kuning di celur
Segenggam udang kering}
1 peket kecil serbuk kari daging}
Segenggam lada kering direbus} di kisar
3 labu bawang besar}
5 biji bawang putih}
2 inci halia diketuk
2 inci lengkuas diketuk
1 batang serai di ketuk
Sedikit udang basah ( jika mahu )
rempah tumis (3 biji cengkih,1 bunga lawang, sepotong kayu manis,2 biji buah pala)
garam
gula
perasa
air secukupnya

Bahan hiasan:
2 keping tauhu yang digoreng dan dipotong dadu
bawang goreng
lada besar hijau dan merah dihiris nipis,lagi sedap cili api
daun sup dan daun bawang
taugeh yang di celur
asam limau @ limau kasturi

Cara-caranya:

1. Tumiskan rempah tumis sehingga garing. Masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama.
Tunggu sehingga garing.
2. Masukkan semua bahan yang diketuk. Biarkan sebentar.
3. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga terbit air.
4. Kemudian masukkan keledek dan kacang tanah yang di kisar. Tambahkan air bergantung
kepada kepekatan yang anda mahu.
5. Tambahkan perasa,garam dan gula (biasanya kuah mi rebus agak manis).
6. Hidangkan bersama mi kuning yang telah dicelur dan bahan hiasan yang lain.

Kak Sha harap anda semua dapat mencuba resepi ini. Sedap! oklah bertemu kita dilain resepi...
http://www.goldpowerteamsha.ui2u.com (ingin menambah pendapatan?)

Saturday, March 15, 2008

Resepi Asam Pedas Daging

Salam semua... Kak Sha gembira kerana baru 2 hari lepas Kak Sha balik kampung kat Muor.. Kak Sha drive sendiri bawak anak-anak Kak Sha yang 4 orang tu...
Kali ni Kak Sha nak berkongsi resepi Asam Pedas Daging.. resepi ni lebih kurang sama dengan Asam Pedas Ayam... masa Kak Sha kecik-kecik dulu arwah atuk Kak Sha (Pak Usop Ikan) yang ajar buat resepi ni... memang favouritelah... 2,3 pinggan nasi makan...

Ok, Kak Sha tak nak buang masa... kat bawah Kak Sha sediakan resepi tu..

Asam Pedas Daging

Bahan-bahannya:

1 kg daging (lagi sedap kalau ada lemaknya.. tetel..)
3 genggam lada kering direbus
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia di ketuk
2 inci kunyit diketuk
2 batang serai di titik
2 inci lengkuas di titik
belacan sebesar ibu jari
serbuk perasa
garam
3 sudu besar asam jawa
5 biji kentang dipotong 4

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumiskan lada kering yang dikisar bersama bawang merah,bawang putih, belacan dan kunyit. Masukkan serai, halia dan lengkuas. Biarkan garing.
3. Masukkan daging dan air.
4. Rebuslah daging sehingga empuk.
5. Masukkan kentang, air asam jawa, perasa dan garam. Biar kentang benar-benar empuk dan hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi putih.

Kak Sha harap anda semua berpuas hati dengan resepi ini.. bertemu lagi dilain resepi...
Sila ke homepage Kak Sha andai ada kelapangan

http://www.goldpowerteamsha.ui2u.com

Resepi Negeri Johor

Assalamualaikum semua... Selamat Datang ke dapur Kak Sha...

Sebelum tu Kak Sha nak perkenalkan diri dulu... Kak Sha ni surirumah sepenuh masa... ada empat orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan.... Kak Sha ni suka memasak... terutamanya masakan Johor..
Asam pedas, mi bandung, mi rebus antara masakan kesukaan Kak Sha.. Walaupun tak sesedap mana.. dapatlah hilangkan rindu masakan ibu tercinta...

Hari ni Kak Sha nak berkongsi dengan semua masakan Asam Pedas Johor...biasanya orang buat asam pedas ikan @daging.... tp kali ni Kak Sha nak berkongsi Masakan Asam Pedas Ayam....
Sesiapa yang pernah merasa keenakan asam pedas ayam ni pasti teringat sampai bile2.... he..
Oklah Kak Sha bagi resepinya...cubelah ye...

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
3 genggam lada kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia diketuk
1 inci kunyit
belacan sebesar ibu jari
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 sudu besar air asam jawa
Garam
Serbuk perasa
1 1/2 cawan minyak masak
5 biji kentang dipotong 4

Caranya:

1. Potong ayam kepada 16 bahagian. Bersihkan.
2. Rebus cili kering dan kisar bersama bawang merah,bawang putih,kunyit dan belacan
3. Panaskan minyak di dalam periuk
4. Tumiskan bahan yang dikisar tadi, masukkan sekali halia,serai dan lengkuas yang diketuk tadi
Biarkan sehingga garing dengan api yang sederhana.
5. Masukkan ayam dan air asam jawa tadi. Kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam.
6. Apabila sedikit mendidih masukkan kentang tadi.
7. Apabila kentang separuh empuk masukkan serbuk perasa dan garam.
8. Masak sehingga ayam dan kentang empuk. Hidangkan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba resepi ini... bagi orang Johor terutama sekali di kawasan Muor...resepi ini amat popular...especially keluarga Pak Usop Ikan...

http://www.goldpowerteamsha.ui2u.com


Recipe Line
New Recipe
cook
Recipe Line